KISAH ASHABUL KAHFI

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat. Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah s.w.t. melarikan diri ke sebuah gua dan Allah s.w.t. menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun. Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Surah al-Kahfi ayat 9) Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’ terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu; 1. Maksalmina 2. Tamlikha 3. Martunus 4. Bainunus atau Nainunus 5. Sarbunus 6. Dzunuanus 7. Kasyfitatanunus Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah s.w.t. di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya; “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (Surah al-Kahfi ayat 13) Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah s.w.t. dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah s.w.t. yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah s.w.t. berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujah; “Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja):”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (Surah al-Kahfi ayat 14-15) Walaupun tidak mampu menjawab hujah-hujah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Beliau memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung. Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (Surah al-Kahfi ayat 16) Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama Ar-Raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Allah s.w.t. menceritakan tentang mereka di dalam gua; “Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (Surah al-Kahfi ayat 11) Allah s.w.t. ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah s.w.t. telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah). “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (Surah al-Kahfi ayat 25) Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah s.w.t., badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah s.w.t. menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. “Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (Surah al-Kahfi ayat 18) Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja. “Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (Surah al-Kahfi ayat 19) Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak. Firman Allah s.w.t. menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu; “Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (Surah al-Kahfi ayat 19-20) Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah sw.t. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah. FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (Surah at-Taghabun ayat 16) Walaupun Allah s.w.t. menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah s.w.t., namun Allah s.w.t. telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah s.w.t. setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah s.w.t. boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah s.w.t. membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi. “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (Surah al-Kahfi ayat 21) Allah s.w.t. mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah s.w.t. sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah s.w.t. dengan firmanNya; “Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (Surah al-Kahfi ayat 21) Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut. 1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan ‘Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut. 2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah. 3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu’jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu. 4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu. 5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma’ berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma’ tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma’ terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi. 6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua. Mengkaji di mana & bagaimana peristiwa ini berlaku penting namun apa yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah Ashabul Kahfi tersebut. Antaranya ialah kehebatan iman pemuda-pemuda tersebut yang mampu berhadapan dengan maharaja yang zalim demi keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Subhanallah. Alhamdulillah sepanjang berada di bumi Urdun, banyak perkara yang penulis pelajari dan banyak ruang serta peluang yang Allah beri untuk melihat serta menghayati kebesaran Allah. Melihat sendiri sejarah2 terdahulu. Mengetahui kisah2 di sebaliknya. Pengalaman ini tidak mampu penulis beli dengan nilai wang ringgit. Terlalu berharga dan terlalu besar nilainya. Semoga semua ini menjadi ibrah, iktibar dan tauladan hidup.

KISAH LELAKI YANG DIPASTIKAN MASUK SYURGA.

(SILA BACA DIBAWAH UNTUK KISAH SELENGKAPNYA) Pada suatu malam Nabi SAW tekah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip rapi. "Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga." Kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu. "Lelaki in adalah calon penghuni syurga." kata Nabi SAW kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Di antara sahabat yang hadir pada malam itu ialah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertaik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri kenapa lelaki itu ditunjukkan. Apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia meninggal dunia, dia telah dipastikan akan masuk syurga. Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadahnya biasa sahaja. Tidak ada tanda-tanda keistimewaan pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi SAW memperkenalkannya, dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah. Adakah Rasulullah begurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata bagainda tidak mendapat wahyu. Maka ucapan Nabi pada malam itu pasti berdasrkan wahyu dari Ilahi. Maka Abdullah bin Umar Al-Khattab r.a semakin ingin menyelidik ibadat lelaki itu. Adalah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa semasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tidak sedikitpun daripada ibadatnya boleh diketahui orang. Abdullah bin Umar pula tidak dapat lagi menahan keinginannya,apabila Nabi sudah 3 kali memperkenalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga. Setelah selesai sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah pun mengikuti lelaki itu keluar dari masjid, dan Abdullah terus mengikuti lelaki itu sampai ke rumahnya. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas Abdullah pun bertanya, "Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini. Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam?" "Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya." Sahut lelaki itu kehairanan. "Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya?" tanya lelaki tu sebagai untuk mendapatkan kepastian. "Sungguh, memang saya ingin sekali bermalam di rumah saudara. Rasulullah telah memperkenalkan saudara sebagai yang paling baik. Saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga." Jawab Abdullah. "Tapi..saya tidak ada ibadat yang lain selain dari apa yang saudara saksikan." Jelas lelaki itu lagi. "Tapi, saya ingin menginap di rumah saudara." "Kalau begitu silalah ke rumah saya." Balas lelaki itu. Abdullah bin Umar yakin dia akan berjaya menyelidik ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki itu, pada malam itu dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal. Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki itu. Dia berpura-pura tidur kerana sebenarnya dia sendiri mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati. Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu 3 hari 3 malam tanpa tidur, tetapi tidak ada sesuatu pun yang istimewa yang dilihatnya. Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar-benar nyenyak. "Taktala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu" kata Abdullah bin Umar. "Apa yang saudara saksikan?" tanya Anas. "Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan mengerjakan berbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badanya. Setelah itu, dia mengucapkan "Ya Allah" kemudian dia tidur semula." Jawab Abdullah. "Pada malam kedua pula bagaimana?" tanya Anas lagi. "Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tertidur semula." "Pada malam ketiga pula bagaimana?" tanya Anas inginkan kepastian. "Malam ketigapun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya di antara malam pertama dengam malam kedua". Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakuan berbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas. Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu Abdullah pun bertanya "Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu. Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga". "Tidak ada ibadat selain daripada apa yang suadara saksikan." Jawab lelaki itu bersungguh-sungguh. Setelah mendengar jawapan lelaki tu Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setalah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam. Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata "Saudara..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri. Tetapi disamping itu saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun." Jelasnya memberi pengakuan. "Rupanya inilah sikap yang amat terpuji pada diri kamu. Maka aku pun berjanji tidak akan mencela sesiapa pun. Aku pun tidak akan iri hati terhadap sesiapapun. Terima kasih saudara kerana telah menyatakan satu petunjuk yang berguna kepada saya." Ujar Abdullah dengan gembira.

KISAH SEORANG ABID DENGAN SEORANG PELACUR YANG CANTIK.

Dari Abul-Laits Assamarqandi berkata: “Aku mendengar ayahku bercerita: Pada suatu hari, di kalangan Bani Israil ada seorang wanita pelacur yang paling cantik. Dia selalu duduk di atas tilam di dalam rumahnya dan rumahnya itu selalu dibuka pintunya sehingga tiap orang yang berjalan di muka pintu itu akan tertarik dengan kecantikannya dan sesiapa yang hendak masuk harus membayar 10 dirham. Maka pada suatu hari, lalulah seorang abid di depan pintu wanitu tersebut. Apabila dia terpandang wanita tersebut yang sedang duduk di atas tilam, maka dia sangat tertarik kepada wanita itu. Tetapi dia tetap berdoa semoga Allah menghilangkan perasaan yang tidak dapat dikawalnya. Oleh kerana dia tidak dapat mengawal perasaannya, maka dia berusaha mendapatkan wang sehingga dia terpaksa menjual beberapa helai kainnya. Apabila terkumpul wang tersebut, maka si abid pun pergi menyerahkan wang kepada wanita itu tetapi pelacur tersebut menyuruh dia menyerahkan wang tersebut kepada wakilnya dengan janji supaya dia datang pada waktu yang ditentukan. Tepat pada waktunya, si abid itu datang sedang wanita itu telah berhias dan duduk menantikannya di atas tilamnya. Maka masuklah si abid itu dan duduk bersama wanita itu di atas tilam dan ketika si abid itu menghulurkan tangan pada wanita itu, maka teringatlah dia akan Allah melihat perbuatan hambaNya itu. Maka gementarlah seluruh anggotanya sebab perbuatan yang terkutuk itu akan menggugurkan segala amal ibadatnya yang lalu. Maka ditanya oleh wanita itu, “Mengapakah muka kamu tiba-tiba berubah? Mengapakah dengan kamu?” Maka jawab abid itu, “Aku takut kepada Allah. Kerana itu izinkan aku keluar dari sini!” Maka berkata wanita itu, “Belum pernahkah kamu membuat perkara ini sebelum ini?” Jawab si abid, “Belum pernah.” Maka semenjak dari peristiwa itu, wanita tersebut menutup pintu rumahnya dan bertaubat kepada Allah S.W.T. sambil berbuat ibadat. Kemudian timbul dalam hatinya, “Baik aku pergi ke rumah orang abid itu, kalau-kalau dia mahu berkahwin dengan aku dan dapatlah aku belajar agama daripadanya.” Lalu bersiap-siaplah dia membawa harta dan hambanya sehingga dia sampai pada dusun si abid itu. Apabila abid mendapat tahu ada seorang wanita hendak menemuinya, maka keluarlah dia untuk menemui tamunya dan apabila wanita itu melihat si abid maka segeralah dia membuka tudung mukanya supaya si abid itudapat mengenalnya. Tetapi apabila si abid melihat wanita itu maka teringatlah perkara silam. Tidak semena-mena, menjeritlah dia sekuat-kuatnya sehingga dia mati di situ. Wanita itu merasa sangat sedih dan berkata, “Aku datang ke mari semata-mata kerananya. Sekarang dia sudah mati. Adakah kaum keluarganya yang sanggup berkahwin denganku?” Jawab orang yang ada di situ, “Ada, dia ada seorang saudara yang soleh tetapi tidak mempunyai apa-apa dan sangat miskin.” Maka berkata wanita itu, “Tidak mengapa sebab aku ada harta yang mencukupi.” Lalu wanita itupun berkahwin dengan saudara si abid sehingga mendapat tujuh orang anak laki-laki yang mana kesemuanya menjadi nabi-nabi Bani Israil. Wallahu A’lam.”

KISAH ALLAH MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH SAW

'Amir bin Said dari bapaknya berkata bahawa "Satu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan baginda." Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud "Aku telah memohon kepada Allah 3 perkara, dalam 3 perkara itu cuma Dia memperkenankan 2 perkara sahaja 1 lagi ditolak" 1) Aku telah memohon kepada Allah supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjagan. Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah. 2) Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (sepeti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh A.S). Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah. 3) Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah ditolak. Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya? Kita hanya berbeza pendapat bukan berbeza agama. "Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya" (An-Nisaa : 59) "Ya Allah jauhilah kami di seluruh dunia daripada bergaduh sesama muslim." Aamiinn ya Robalaalamin

KISAH TAUBAT MULUT YANG BUSUK

Seorang peminum arak sedang mabuk dan terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan. Mulutnya berbuih dan bunyi nafasnya mendengus-dengus kerana minum terlampau banyak. Tidak ada seorangpun yang mempedulikannya. Apabila Ibrahim bin Adham lalu di situ, dia ternampak pemabuk tersebut, lalu dia mengambil air dan dibasuhnya mulut yang sedang berbuih itu. Orang-orang yang ada di sekitarnya hanya melihat saja kehairanan. "Setiap mulut yang sudah pernah digunakan untuk menyebut nama Allah, tidak dibiarkan begitu saja, perlu dibasuh" Kata Ibrahim. Apabila pemabuk itu telah sedar dari pengsannya, orang ramai memberitahukan apa yang telah berlaku ke atas dirinya dan apa yang dibuat oleh Ibrahim. Ketika itu juga pemabuk itu menangis kerana terharu, Dia berjanji tidak akan minum arak lagi dan bertaubat dengan taubat nasuha sehingga menjadi orang soleh. Pada sebelah malamnya Ibrahim bermimpi mendengar seruan "Wahai Ibrahim! Disebabkan engkau telah membasuh mulut peminum arak kerana Aku, maka Aku telah membasuh hatimu kerananya.

Maulid Bulanan Di Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih) 09/06/2013

Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah, tuhan yang maha berkuasa atas setiap makhluk. Telah selesai majlis bacaan maulid Dhiya Ullami' d Masjid Abidin(masjid Putih) mereka memuji akan majlis ini. Mereka juga mengatakan bahawa rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana majlis-Majlis memperingati Nabi S.A.W banyak diadakan d Malaysia berbanding dengan negara mereka. Alhamdulillah Allah memberikan kita nikmat yang tidak terhingga ini.

KEISTIMEWAAN YEMEN ♥

Yaman adalah tanah yang penuh berkah, disana terlahir wali-wali besar dan juga buminya para cucu-cucu nabi yang sangat kita cintai. hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat munculnya tanduk syaitan” ============================================ riwayat lain Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Maksudnya: “Telah datang kepada kalian orang-orang Yaman. Mereka ini adalah orang-orang paling halus sanubarinya dan paling lembut hatinya. Keimanan itu ada pada orang Yaman dan hikmah itu ada pada orang Yaman”. Manakala di dalam riwayat yang lain disebutkan: “Keimanan itu ada pada orang Yaman, fiqih itu ada pada orang Yaman dan hikmah itu ada pada orang Yaman”. ============================================= Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): “Jika timbul fitnah, hendaklah kalian (tinggal) di Yaman, kerana (tempat) itu diberkati” ============================================= Hadits lain disebutkan: “Sebab, penduduknya bersifat pengasih, tanahnya diberkati, dan ibadah disana pahalanya besar”. Dan di dalam kitab Wasilatul Muta’abbidin, tercantum sebuah hadits dari Sayyidina Jabir bin Abdullah al-Anshari, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): “Sepertiga keberkahan dunia kembali ke Yaman. Barangsiapa (yang ingin) lari dari fitnah hendaklah ia lari ke Yaman”.

YA TAREEM WA AHLAHA...

Sudikah "kau" menerima kunjungan ziarahku??? Aku hanyalah insan hina yang INGIN mengharapakan syafaat dari para auliya' para salafus soleh khusus dari zuriyat Baginda Sallallahu 'alayhi wasallam.. aku mengharapka akulah antara org yang ditulis namanya di lembaran kertas oleh Sayyidina al-Imam Muhajir Ahmad bin Isa r.a dahulu... dahi akn aku sujud myembah tanah yang barokah biar dahiku yang hina dsucikan oleh kesan2 jejak kaki yang mulia salafussoleh #dalam kitab Wasilatul Muta’abbidin, tercantum sebuah hadits dari Sayyidina Jabir bin Abdullah al-Anshari, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): “Sepertiga keberkahan dunia kembali ke Yaman. Barangsiapa (yang ingin) lari dari fitnah hendaklah ia lari ke Yaman”. aku merindui kota tarim!! moga itu lah tanda aku akan di panggil oleh ahlu Terim .Jumuah Mubarokah min Terim al-ghanna'

Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad SAW: Antara 9 Rabi'ul Awwal dan 12 Rabi'ul Awwal||

Para Ulama dan Ahli Falak telah sepakat bahawa tahun gajah, yakni tahun kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun 571 Masihi dan Baginda SAW lahir pada bulan Rabi'ul Awal, hari Isnin. Bagaimanapun, mereka berbeza pendapat dalam menentukan adakah Baginda SAW lahir pada 9 Rabi'ul Awal atau 12 Rabi'ul Awal; 20 April atau 22 April? Terdapat juga beberapa pendapat yang lain tetapi ianya lemah. Menurut Imam Al-Kauthari, Raja Muzaffar Kaukabri(wafat 620H), pengasas majlis sambutan maulid Nabi SAW pernah menyambutnya pada malam kelapan Rabi'ul Awal (hari 9 rabi'ul Awal) pada tahun tertentu, dan menyambutnya pada malam 12 Rabi'ul Awal pada tahun yang lain untuk beramal dan meraikan kedua-dua riwayat tersebut. [Maqalat Al-Kauthari m/s 307] Berkata Al-Imam Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih Muhammad Zahid Al-Kawthari r.a (Ulama besar zaman khilafah Uthmaniah wafat 1371 h): Adat yang biasa diikuti di negara-negara islam dalam sambutan Maulid Nabi SAW adalah pada 12 Rabi'ul Awwal kerana telah disepakati kelahiran baginda SAW tidak berlaku setelah tarikh ini(dari 13 hingga 30 Rabi'ul Awal) di sisi seluruh ulama, maka mereka mengadakannya di satu malam yang tidak mempunyai apa-apa perbezaan pendapat setelah tarikh ini yang mana telah jelas Nabi SAW lahir sebelum waktu tersebut. Dan tidaklah satu perkara yang aneh tentang khilaf tarikh kelahiran Nabi SAW kerana Baginda SAW lahir di sisi masyarakat yang buta huruf, tidak tahu menulis dan mengira serta tidak tertulis dalam sejarah kecuali peristiwa-peristiwa yang makruf di sisi mereka. Para ulama berbeza pendapat sama ada Nabi SAW lahir pada 9 Rabi'ul Awwal atau 10 Rabi'ul Awwal atau 12 Rabi'ul Awwal. Tarikh 10 Rabi'u awwal disandarkan oleh Ibnu Sa'ad di dalam tabaqatnya kepada Muhammad Al-Baqir r.a, tetapi pada sanadnya ada 3 periwayat yang dipertikaikan. Tarikh 12 Rabi'ul Awwal pula walaupun masyhur dan dinaqalkan kebanyakan ulama dalam kitab-kitab sirah, tetapi asalnya disandarkan kepada Muhammad Ibnu Ishaq, dan tarikh ini disebut oleh Muhammad Ibnu Ishaq tanpa sanad(tiada sanad).. Manakala tarikh 9 Rabi'ul Awwal adalah yang paling rajih dan muktamad, ia merupakan pendapat yang dikemukakan Ibnu Abdil Barr dalam 'Al-Isti'ab' ketika menyebut sudut khilaf dalam tarikh maulid Nabi SAW. Dan telah menghadkan tentangnya sebelumnya Abu Bakar Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi. Dan berkata tentang tarikh ini juga Al-Hafiz Umar Ibnu Dihyah al-Kalbi dalam kitabnya 'At-Tanwir Fi Maulid As-siraj Al-munir' yang mana dengan kitab tersebut beliau mendapat hadiah 1000 dinar dari Raja Muzaffar Ad-din(di zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi) katanya, "Dan ianya(tarikh 9 rabiulawwal) tiada yang sahih tarikh selainnya dan telah sepakat tentangnya ahli sejarah" Bahkan ianya juga dikuatkan lagi dengan kajian pakar ilmu falak yang terkenal, Al-Allamah Mahmud Basya Al-Falaki Al-Misri dalam risalahnya yang berbahasa Perancis dan telah diterjemahkan kepada bahasa arab oleh Ahmad Zaki Basya berjudul "Nataij Al-afham Fi Taqwim Al-Arab Qablal Islam Wa Fi Tahqiq Maulid Nabi Wa Umruhu 'Alaihissolatuwassalam" pada tahun 1305 h. Kajian tersebut mengemukakan banyak kajian-kajian ahli falak timur dan barat yang mengesahkan bahawa hari Isnin bertepatan pada 9 Rabi'ul Awwal tahun gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi. [Rujuk Maqalat Al-Kauthari m/s: 305-307 & 311] Syaikh Sofiurrahman Al-Mubarakfuri juga menyebutkan dalam kitab sirahnya 'Raheeq Al-Makhtum' bahawa Baginda SAW lahir pada 9 Rabi'ul Awwal. Bagaimanapun, Menurut Mufti Mesir, Syaikh Ali Jum'ah hafizahullah, terdapat juga kajian ahli falak yang bernama Dibbanah di dalam kitabnya "Taqwim 'Am Li Khamsati Alafi 'Am" yang mengesahkan bahawa 22 April jatuh pada hari Isnin, yakni 12 Rabi'ul Awwal, manakala 20 April pula (9 Rabi'ul Awwal) jatuh pada hari Sabtu.. Rujuk video beliau di: http://www.youtube.com/watch?v=yH1P5mKzRfs Menurut Al-Allamah Al-Muhaddith Prof. Dr Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani, kita tidak mengatakan bahawa sambutan kelahiran Nabi SAW adalah sunnah dan terikat pada tarikh dan malam-malam tertentu, bahkan sesiapa yang beri'tiqad dan meyakini sedemikian, maka dia telah melakukan satu bid'ah yang sesat dalam agama kerana memperingati Nabi SAW dan berpaut hati pada baginda SAW itu perlu pada setiap waktu dan zaman dan perlunya juga untuk mengisi jiwa dengan kecintaan kepada Nabi SAW. Sesungguhnya berkumpulnya kita untuk menyambut kelahiran nabi SAW pada bulan Rabi'ul Awal adalah bukan suatu ibadah, tetapi ianya merupakan adat yang dijadikan sebagai wasilah yang besar untuk berdakwah kepada Allah untuk mengingatkan umat yang lalai tetang akhlak Nabi SAW, sirah baginda SAW, keadaannya, muamalatnya, ibadahnya dan lain-lain. [Diadaptasi dari kitab 'Mafahim Yajibu An Tusohhah' m/s 253-254 karya Al-Allamah Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani dengan sedikit suntingan]

SUBHANALLAH!! Hutan Ditemui Dibawah Padang Pasir

Dashyat sungguh ciptaan Allah S.W.T, Di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah tengah padang pasir. Bayangkan di bawah tanah lubang padang pasir yang gersang wujudnya hutan yang subur tumbuh didalam kegelapan. Salah satu tanda Kiamat adalah bahawa “tanah orang Arab” sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian masa yang lama.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : “Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai.” [Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Kehidupan & Kematian

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali." Surah al-anbiya', ayat 135.

Miliki naskah Kematian Yang Terindah anda hari ini!

Sedarlah, Wahai orang yang tertipu!Mengapa kamu masih riang bermain,terlena dengan angan-angan.Padahal ajal di hadapan matamu!


Bukankah kamu mengetahuiBahwa keinginan manusia bak lautan luas tak bertepi.Bahteranya adalah dunia.Maka berhati-hatilah jangan sampai karam!

Yakinlah! Bahwa kematian pasti menjengukmubersama segala kepahitannya.

Ingatlah detik-detik itu, ketika kamu memberikan wasiat,sedangkan anak-anak yang bakal menjadi yatimDan ibunya yang akan kehilangan suami tercintamenangis pilu berlinang air mata.

Ia tenggelam dalam lautan kesedihan,seraya memukul-mukul wajahnya.Disaksikan para lelaki, padahal sebelumnyaia adalah mutiara yang tersimpan rapi.

Kemudian setelah itu,dibawalah kain kafan kepadamu.Akhirnya! Diiringi isak tangis dan derai air mata,Jasadmu dikebumikan.

Sakaratul Maut terbentuk dari dua perkataan sakarat dan maut. Sakarat adalah kata jamak dari perkataan sakrah manakala kata dasarnya sakira yang memberi maksud kebingungan, kehairanan, pening dan mabuk.

Jom Berselawat Nabi

Berselawatlah sebanyak-banyaknya dan semahu-mahunya ke atas Rasulullah s.a.w., kerana Baginda s.a.w. itu dapat mendengar selawat daripada umatnya.

Malah Baginda s.a.w. turut menjawab salam kita, bukan setakat Allah dan malaikat sahaja yang membalas selawat kita.

Baginda s.a.w. kenal siapa umatnya walaupun Baginda s.a.w. sudah lama meninggalkan kita...

Salasilah Nabi/Rasul

Dlm dhiya' ulami karangan Habib Umar ada menyebutkan "Nabi s.a.w. sabda, ketahuilah bahawa aku adalah ciptaan yang paling mulia disisi Allah.

Baginda s.a.w. ditanya, "Sejak bilakah awal kenabianmu?" 
Maka Baginda s.a.w. menjawab dalam untaian sabdanya " kenabianku sejak Nabi Adam a.s., sejak Nabi Allah Adam a.s. berupa tanah dan air".

Sabda Nabi s.a.w., Tuhanku sentiasa memindahkan ku diantara sulbi orang-orang yang mulia dalam keadaan terlindung dari segala macam gangguan (segala macam kecacatan lahir dan batin serta jauh dari perbuatan zina, kerana Baginda s.a.w. adalah rantaian keturunan suci dan mulia.

Jemputan Maulid Masjid Putih




AYUH MUHIBBIN PENCINTA RASULULLAH S.A.W

BERSAMA-SAMA BUKTIKAN CINTA ANDA

<MAULID BULANAN MASJID ABIDIN BERSAMA MAJLIS ZIKIR HIDAYAH>

HADIR DENGAN MAHABBAH

Ada Yang Bertanya Apa Itu Qasidah ??

Qasidah adalah puisi berbentuk luahan hati rindu atau ucapan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair. Qasidah Burdah adalah antara qasidah yang termasyhur di dunia dan sentiasa menjadi hiasan bibir sebagai ingatan kepada Rasullulah SAW. Di sebalik bait-bait ayat qasidah ini dan juga kemerduaannya dilagukan. 

Qasidah kebanyakannya dikarang oleh Auliya'2 Allah yang mana mereka mendapat Ilham daripada Allah ketika sedang mengarang Qasidah tersebut..Oleh kerana itu Qasidah2 dapat menusuk Qalbu kepada sesiapa yang melagukan atau mendegar Qasidah..

Antara Bait2 Qasidah:-

✿ܓ Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku..
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)..
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masa mu..

Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran..
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.. ✿ܓ

Kisah Benar: Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopod Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria menemui sesuatu yg menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yg sangat mengejutkan. Bahawa pusat saraf yg paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yg membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air-air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. Wuduk dah terbatal? Jom renew wuduk. Apa kata kita saling ingat-mengingatkan sesama kita. Bermula dengan diri sendiri, kemudian kita ingatkan kepada keluarga kemudian kepada teman-teman. InshaAllah. Sesungguhnya melakukan nasihat dan saling mengingatkan itu tidak sia-sia. Tidak sama sekali.



Tidak akan ada sesuatu pun amalan di dalam Islam itu mendatangkan penyakit. Malah setiap amalan itu didatangkan dengan kesihatan dan penyembuhan. 

Majlis Mawlid Zikir Hidayah

MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MENJEMPUT:
Assalamualaikum w.b.r.t

-->> sekalian muhibbin
-->>sekalian pencinta
-->>sekalian yang mengikuti perjalanan yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w, para Ahlul Bait, para sahabat, para tabieen dan para tabi' tabieen dari segala usul dan cabang mereka.

dijemput sekelian muhibbin sekeluarga ke MAJLIS ZIKIR DAN MAULID MINGGUAN pimpinan
Al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal di
madrasah Al-hidayah, lorong hj da, batu burok



MAJLIS BERMULA SELEPAS SOLAT MAGHRIB

**HARAP JEMAAH YANG HADIR AGAR MEMBAWA TASBIH 100**

~~HARAP MAKLUM~~

Selepas isyak bacaan qasidah dan maulid Ad-Dhiya Ullami serta bacaan kitab Syamail Muhamadiyah dan diakhiri dgn jamuan ringkas..

Mari bersama kami..
Buktikan Cinta anda..
Jika benar Cintamu,,
Engkau akan melakukan apa sahaja untuk mengingati Sang Kekasih terCinta...

AZAM UNTUK HADIR !!!

Newer Entries »

Followers

My Blog List



Poll

Pages - Menu

Popular Posts

cari kat sini okeh !

Become our Fan