Seorang peminum arak sedang mabuk dan terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan. Mulutnya berbuih dan bunyi nafasnya mendengus-dengus kerana minum terlampau banyak. Tidak ada seorangpun yang mempedulikannya. Apabila Ibrahim bin Adham lalu di situ, dia ternampak pemabuk tersebut, lalu dia mengambil air dan dibasuhnya mulut yang sedang berbuih itu. Orang-orang yang ada di sekitarnya hanya melihat saja kehairanan. "Setiap mulut yang sudah pernah digunakan untuk menyebut nama Allah, tidak dibiarkan begitu saja, perlu dibasuh" Kata Ibrahim. Apabila pemabuk itu telah sedar dari pengsannya, orang ramai memberitahukan apa yang telah berlaku ke atas dirinya dan apa yang dibuat oleh Ibrahim. Ketika itu juga pemabuk itu menangis kerana terharu, Dia berjanji tidak akan minum arak lagi dan bertaubat dengan taubat nasuha sehingga menjadi orang soleh. Pada sebelah malamnya Ibrahim bermimpi mendengar seruan "Wahai Ibrahim! Disebabkan engkau telah membasuh mulut peminum arak kerana Aku, maka Aku telah membasuh hatimu kerananya.