'Amir bin Said dari bapaknya berkata bahawa "Satu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan baginda." Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud "Aku telah memohon kepada Allah 3 perkara, dalam 3 perkara itu cuma Dia memperkenankan 2 perkara sahaja 1 lagi ditolak" 1) Aku telah memohon kepada Allah supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjagan. Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah. 2) Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (sepeti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh A.S). Pemohonanku ini diperkenankan oleh Allah. 3) Aku telah memohon kepada Allah supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah ditolak. Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya? Kita hanya berbeza pendapat bukan berbeza agama. "Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya" (An-Nisaa : 59) "Ya Allah jauhilah kami di seluruh dunia daripada bergaduh sesama muslim." Aamiinn ya Robalaalamin